Friday, 27 February 2015

Salad Mudah Cara Sendiri (V2)

Daun Salad potong kecil
Tomato potong kecil
Mix Vegie di rebus
Udang 7 ekor rebus n buang kulit
Sikit Black Pepper + sikit garam
Mayonis + sos cili (agak2 untuk gaulkan semua sekali) - pssttt  nak bgtao lagi sy tak suka thousand island lebih suka letak sikit mayo+sos cili..   :)

Salad Mudah Cara Sendiri (V1)





Daun Salad potong kecil
Tomato potong kecil
Jagung di rebus
1 ekor ikan sardin ayam brand (hancurkan letak sikit jus lemon atau limau nipis)
Sikit Black Pepper + sikit garam + sikit serbuk daun limau purut
Mayonis + sos cili (agak2 untuk gaulkan semua sekali) - pssttt sy tak suka thousand island lebih suka letak sikit mayo+sos cili..  :)





Ayam Panggang Berempah

Ayam panggang berempah..
resepi ni asal dari buku resepi tapi sy tukar2 ikut taste sy sendiri :) sy masak guna magic pan.. letak dalam bekas tapao nak pegi lunch di rumah mak.. :)



Resepi :

1 ekor ayam (potong 4)
2 labu bawang besar, 6 ulas bawang putih dan 2 inch halia kisar (kalau pakai blender air letak air sikit sahaja)
1 bungkus kecil rempah kari ayam
5 sudu besar sos tiram
5 sudu besar sos cili
1 sudu besar lada hitam serbuk (nak lagi pedas sila lebihkan lagi)
1 sudu besar daun limau purut kering
garam secukup rasa

Cara :
masukkan semua bahan dan perap bersama ayam selama 2 jam. masuk dalam magic pan masak sehingga masak (dalam 20 minit dengan api sederhana) sesekali alihkan ayam.. hiaskan dengan daun salad n tomato... yummy :)


Cool Point Hotel, Cameron Highlands

Hotel ni adalah hotel 3 stars. Hotel ni terletak berdekatan dengan stesen bas di pekan Tanah Rata.. Dah hotel 3 stars ja jangan lah harap yang terlalu tinggi di sini, sesuai lar dengan harga dan bintangnya :) saya tak pasti bila hotel ini di buka, keadaan perabot macam dah lama.. maklumat lanjut pasal hotel boleh refer di sini >> http://coolpointhotel.webs.com/  booking hotel ni mudah.. saya hanya telefon depa untuk booking, staff mesra pelanggan :) bayaran di buat masa check in... ..hotel ni mudah untuk parking kereta, kawasan parking yang khas untuk kita tak sesak macam hotel-hotel di Pekan Brinchang.

dari balkoni bilik


terdapat deretan kedai, mudah untuk cari tempat makan


ada food court tepi hotel tapi kami pegi dalam pukul 8.00am untuk breakfast belum buka lagi tempat ni, lalu kami breakfast di seberang jalan banyak terdapat kedai makan. Food Camp ni macam kem tentera konsep dia..
seberang jalan hotel pula ada taman bunga,.. (morning walk) kami jalan2 di sini ambil angin dingin pagi lepas breakfast


Saturday, 21 February 2015

Avant Chocolate, Cameron Highlands

Kami singgah di Avant Chocolate semasa hendak naik ke Cameron Highlands. Tak dak apa yang menarik sangat di sini, boleh lah singgah untuk relax sekejap sebelum naik ke atas.. boleh pekena ice cream dulu :) orang agak ramai di sini, nampak macam ramai singgah ke toilet saja.. mungkin sebab perjalanan jauh tadi jadi mereka singgah untuk ke toilet dulu sebelum ke atas.. boleh beli coklat juga di sini tapi kami hanya makan ice cream ja... :)





Opah Strawberry Farm, Cameron Highlands

Kalau nak beli strawberry saya prefer beli yang petik sendiri, kalau beli kat tempat-tempat macam pasar tu strawberry tak fresh, depa campur2.. selalu dalam 1 pack mesti ada yang tak elok. Bila fikir balik kalau setakat nak beli strawberry macam tu baik beli di super market ja :) dah alang2 di Cameron Highlands meh lar kita petik sendiri...di jamin fresh dan puas hati.. hee~ :)
Opah Strawberry Farm adalah ladang strawberry yang saya suka pergi untuk petik strawberry..



ini petik sendiri..

makan di situ juga :) minta depa cuci dulu sebelum makan na..

ini strawberry letak ice-cream strawberry... ber berry berry jadinya 

muffin strawberry, time beli depa akan panaskan... makan panas2 sedap :)

di sini juga ada acar strawberry... sedap juga, sesuai untuk yang suka pedas..



Tuesday, 8 April 2014

Puding Dot Dot



puding dot dot untuk kanak-kanak riang :)






rahsia dot dot yang sempurna.. ni dia

hehe...


base putih tu puding susu pastu atur fruits puding n biar beku...
rasa masam-masam sikit mcm yogurt sebab fruit dah campur susu kan ;)